~~~hasil nukilan cik zahidah zakaria~~~

Archive for the ‘masakan’ Category

AYAM PERCIK PUTIH

Assalamu’alaikum,

Alhamdulillah.. Hari yang cerah seperti biasa.. Kat Alor Setar sekarang suhunya 29’C. Terik jugak kan. Sedar tak sedar, dah nak habis tahun dah. Rasa macam baru je beli diari 2013.. Dah nak bukak buku baru pulak… Tahun ni banyak jugak benda yang berlaku.  Rasanya tahun ni adalah masa ‘turning point’ saya.. Alhamdulillah.. Saya tak dapat ceritakan di sini. Hanya Allah saja yang tau. Cuma saya nak bagitau, dunia ni sementara ja.. Jangan la terpengaruh dengan nikmat2 dunia ni. Kejar lah akhirat yang kekal abadi….  (more…)

CHOCOLATE ALMOND CLUSTERS

Assalamu’alaikum,

Lagi 2 hari nak raya Aidiladha. Dapat cuti, hari raya tu ja. So, kena buat persediaan raya (sayur2 nak masak lauk pagi raya, cuci2 rumah, kuih raya and etc) dalam hujung minggu ni la.. Raya puasa dulu saya order chocolate almond. Sedap tapi mahal huhu. Why not buat sendiri sebab bahan2 xla susah sangat pun nak cari.. Mungkin rasanya x sesedap yang beli tapi kepuasan buat sendiri tu tak tergambar dengan kata2 tau.ececeh berfalsafah lak huhu. Resepi ni saya olah bagi senang nak susun masa memasak. Bagi saya la.. Ok jom layan resepi. (more…)

Piza!

Alhamdulillah.. Setelah beberapa hari tertangguh, akhirnya siap jugak piza =) Saya teringin masak makanan yang selalu saya makan kat luar macam piza ni la. Bila saya cari2 resepi kat blog kak hana, memang terliur!! So, saya pun try la. Resepinya boleh diambil dari blog beliau dan cari label ‘pizza’ ye. Lagipun ada shortening yang raya dulu, baik saya habiskan. Kalau expired, kan membazir namanya hehe…

Oleh sebab takda kamera, xdapat la nak ambil gambarnye..  Saya bahagikan doh kepada 3. Mula2 saya bakar roti dulu, baru taruk topping.  Yang kedua saya terus bakar sekali dgn topping. Lagi 1 saya simpan dalam peti sejuk, bila2 rajin baru nak buat =) Cuma yang boleh saya katakan, saya puas hati dengan hasilnya. Roti piza xla hangit, sos topping pun nampak sekata (masuk bakul angkat sendiri eh hahaha). Tapi ada beberapa perkara yang saya perlu perbaiki:

  1. Air tak boleh terlalu banyak. Nanti doh roti lembik. Bubuh sikit2 sampai jadi doh dan agak2 boleh dicanai tanpa melekat.
  2. Saya guna kepingan keju cheddar. Rasanya agak masin. Kena try mozarella lak.
  3. Bahan2 topping kena potong kecil2 tau. Senang nak hias (dan makan hehe).

Lepas ni nak buat projek cheese tart lak. Ready untuk raya =)