~~~hasil nukilan cik zahidah zakaria~~~

Salam Eidul Adha 1433H

Hari ni hari kedua raya haji untuk tahun 1433H/ 2012M.  Ia juga disebut hari raya qurban. Selalunya raya haji tak la semeriah raya puasa. Mungkin sebab kita kurang menghayati erti perayaan tersebut. Kalau raya haji, kita tak pergi haji pun (kalau pergi haji, mestilah tak sambut raya, mesti sedang fokus kepada ibadat haji di Mekah). Kalau kita buat qurban, mungkin terasa la. Kalau raya puasa, kita berpuasa kan? Sebab tu kemeriahannya berbeza.

Hari khamis lepas saya ambik cuti. Nak buat apa yang patut untuk persediaan raya. Dah alang2 cuti, saya pun pergi la cuci kereta kat luar. Siap vakum sekali dalamnya. Tak terfikir pulak yang lepas vakum mesti la banyak habuk! Dah la lepas tu drive tak buka tingkap or aircond! Malamnya dah terbersin2. Hidung lak gatal2. Sah! Selsema menyerang! uwaaaaaaa!! 😦 Tak selesa langsung! Sekarang deria bau dan rasa agak terbatas. Nak makan pun tak berapa nak lalu. huhuh

Pepatah mengatakan~mencegah lebih baik dari mengubati~ Tapi saya suka mengubati dari mencegah hahaha 🙂 Kena la makan vitamin C untuk hilangkan selsema. Daripada habis duit beli pil/ubat, lebih baik makan buah oren yang kaya vitamin C kan?? Hari2 kena makan at least 1 biji. Pastu minum pulak mesti air oren yang masam kaw2 huhu. 1 lagi petua, kena makan makanan yang pedas2, nak bagi hingus cepat keluar. Tapi 1 ja lagi masalah yang saya tak tau jawapan. Macam mana nak bagi senang bersin??

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: